Monday 5 January 2009

Courses offered by Medium Books & Consultancy : Feb-March 2008

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY akan menganjurkan kursus-kursus yang berikut:

1. KURSUS PERSEMBAHAN HEBAT POWERPOINT (16-17 Februari 2009) di Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Sebuah bengkel dua hari untuk pensyarah, kakitangan kerajaan, penyelidik, pengajar, guru-guru dan orang ramai yang mahu menampilkan persembahan Powerpoint yang hebat dan berkesan. Peserta diberikan bimbingan akan pelbagai fitur dalam perisian Powerpoint, termasuklah manipulasi multimedia dalam persembahan. Pembimbing: Haji Syahrul Nizam Junaini daripada Unimas, Sarawak.

2. BENGKEL PUBLIC SPEAKING (23-24 Februari 2009) di Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Sebuah bengkel dua hari untuk kakitangan kerajaan termasuk pegawai perhubungan awam, pensyarah, pegawai tadbir, dan ahli politik yang mahu memperbaiki kemampuan perucapan awam mereka. Peserta akan didedahkan dengan pelbagai teknik perucapan dan mengenal pasti kelemahan mereka. Pembimbing: Dr Jeniri Amir daripada Unimas, Sarawak.

3. KURSUS PEMANTAPAN BAHASA [EJAAN & KATA] (10-11 Mac 2009) di Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Sebuah bengkel dua hari untuk pegawai dan pembantu tadbir, setiausaha, pensyarah, guru-guru, editor, wartawan, dan kakitangan kerajaan bagi membantu mereka memantapkan keterampilan bahasa masing-masing. Peserta dibimbing untuk menguasai sistem ejaan dan pembentukan kata serta didedahkan dengan pelbagai kesilapan dalam ejaan dan penggunaan kata. Pembimbing: Prof. Emeritus Dr Nik Safiah Karim dan Prof. Dr Abdul Hamid Mahmood.

4. KURSUS MENULIS SURAT RASMI & MINIT MESYUARAT (12-13 Mac 2009) di Pearl Hotel, Kuala Lumpur. Sebuah bengkel intensif dua hari untuk pegawai dan pembantu tadbir, setiausaha, pensyarah, dan kakitangan kerajaan bagi membantu mereka memperbaiki kemahiran dalam menulis surat rasmi dan minit mesyuarat. Peserta dibimbing proses dan prosedur untuk menghasilkan surat rasmi dan minit mesyuarat yang berkesan. Pembimbing: En. Khalid Mazlan daripada Universiti Teknologi Malaysia.

5. KURSUS MEMAHAMI MEMAHAMI PENERBITAN (15-19 Mac 2009) di Avillion Legacy, Melaka. Sebuah kursus empat hari dan satu hari lawatan industri untuk staf penerbitan, pensyarah, dan pegawai tadbir bagi mendalami pelbagai aspek dalam penerbitan daripada proses penulisan hinggalah penyuntingan, perekaan, percetakan dan penjualan bahan terbitan. Peserta akan diberi bimbingan untuk memahami pelbagai proses dan tugas dalam penerbitan. Pembimbing terdiri daripada ahli akademik dan pengamal industri penerbitan tempatan.

Untuk makluman lanjut, sila layari laman web http://www.mediumbooks.net/
atau hubungi:

MEDIUM BOOKS & CONSULTANCY
4A, Tkt 1, Jalan 7/1C
43650 Bandar Baru Bangi
SELANGOR
Tel: 03-8925 9085/013-307 7722
Faks: 03-8920 2351
E-mel: mediumbooks@yahoo.com

No comments: